Company Secretary
Apa itu 'company secretary' atau 'setiausaha syarikat'?
Apabila kita mahu membuka syarikat Sdn Bhd, maka kita terpaksa mencari company-secretary.
Ini kerana, kita tidak boleh mendaftarkan sendiri di SSM syarikat Sdn Bhd yang kita mahu buka itu.
Kita kena cari sebuah company-secretary.
Hanya company-secretary yang boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd bagi pihak kita. Kita kena bayar yuran servis company-secretary itu.
Begitulah peraturannya di bawah Akta Syarikat 1965.
Jika kita mencari mekanik kereta, kita tentu cari mekanik yang mahir dalam menjalankan kerjanya menjaga kereta kita.
Jika tidak, kereta kita boleh semakin rosak dibuatnya.
Begitulah juga halnya dengan company-secretary. Cari company-secretary yang bagus mutu servisnya.
Jika tidak, disebabkan company-secretary itu cuai, kita yang akan banyak menanggung masalah denda, penalti, dan kompaun dari SSM dan LHDN.
Puan Armiati Mohd Ismail adalah company-secretary yang berpengalaman.
Kredit: Puan Ainon Mohd
Tip Memilih Mentor
Seandainya mahu belajar terbang tinggi, pilih helang sebagai mentor kerana helang sudah membuktikan ia dapat terbang tinggi. Jangan pilih ayam.
Pilih mentor yang sudah berjaya dalam bisnesnya.
+ Seandainya mahu belajar membuka bisnes spa kaki dan kuku, bermentor dengan Puan Haskina Wan Ainol.
+ Seandainya mahu belajar membuka bisnes roti budak sekolah, bermentor dengan Puan Reni Bt Rahmat.
+ Seandainya mahu belajar membuka bisnes penerbitan novel remaja, bermentor dengan Tuan Syaizul Amal.
+ Seandainya mahu belajar membuka bisnes penerbitan komik, bermentor dengan Tuan Wanzu Alwan.
+ Seandainya mahu belajar membuka bisnes telco koman, bermentor dengan CEO Koman ONEXOX Tuan Arie Sham.
Kredit: Puan Ainon Mohd
ROBOT FB
Sejak beberapa lama, sehingga hari ini juga, saya terus menjalankan eksperimen bagi mengetahui kepintaran Robot FB.
Hasil eksperimen menunjukkan:
+ Robot FB akan viralkan posting dalam bentuk teks.
+ Teks mesti ditaip original. Posting saya yang hanya 2 potong ayat pun menerima LIKE dan SHARE yang amat tinggi. Itu menunjukkan banyak follower saya nampak dan baca post itu.
+ Teks yang saya copy-and-paste dari secret group ABS, meskipun kandungannya sangat bagus, tetapi tidak mendapat LIKE dan SHARE yang tinggi. Ini menunjukkan Robot FB tidak menghantar posting copy-and-paste saya itu kepada banyak orang.
+ Posting saya yang dalam bentuk link, menerima sedikit LIKE dan SHARE.
+ Posting saya yang saya SHARE dari posting orang lain, menerima paling sedikit LIKE dan SHARE.
+ Posting saya yang berupa poster iklan kursus menerima paling sedikit LIKE dan SHARE.
Bagaimana Robot FB tahu kita menampal artikel secara copy-and-paste?
- Apabila kita copy, ikut sekali dalam ter-copy adalah kod formatting teks original itu. Dari situ FB tahu.
Bagi memadam kod formatting itu, tampal dulu teks iti di notepad. Notepad akan padam semua format. Kemudian baru tampal sebagai posting FB.
- Robot FB juga tahu teks yang kita tampal itu bukan teks original dengan mengukur tempoh kita bertukang dalam FB sebelum selesai dan klik butang POST.
Apabila kita cuma tampal teks, cepat betul tempoh kita bertukang! Tak padan dengan jumlah huruf dalam teks!
Robot FB kenal muka orang!
Buktinya, sebagai contoh, apabila kita buka FB orang yang memakai purdah, nanti akan muncul dalam deretan 'people you may know' FB orang-orang yang memakai purdah. Termasuk lelaki yang memakai topeng.
Kredit: Puan Ainon Mohd
Isu kedai
Bilakah masanya kita sudah mampu memindahkah operasi bisnes kita dari rumah ke premis yang disewa, seperti rumah kedai?
Apabila nilai jualan bulanan sudah 60 kali lebih banyak daripada sewa kedai.
Jika sewa kedai RM1k sebulan. Nilai jualan bulanan hendaklah sudah RM60k sebulan.
Dengan andaian profit bersih adalah 10%.
Perlu diingat, semasa beroperasi dari rumah, kita tidak membayar banyak kos sebagaimana yang akan dibayar apabila beroperasi dari kedai sewa.
Kredit: Puan Ainon Mohd
Urus duit bisnes!
Apabila kita memulakan perniagaan kecil, lazimnya dorongan yang kuat adalah isu kita mahu mencari duit tambahan bagi mencukupkan perbelanjaan hidup seharian.
Bererti, kita berniaga kerana kita tidak cukup duit.
Inilah faktor yang menyebabkan amat sukar hendak menahan diri daripada membelanjakan duit keuntungan dari bisnes kecil itu.
Akibatnya, kita tidak peduli hendak mengasingkan yang mana duit bisnes, yang mana duit peribadi.
Lakukan begini..
Tetapkan berapa upah kita sehari. Katakanlah RM20. Ambil upah itu sahaja. Cukup tak cukup, RM20 itulah yang kita boleh ambil.
Buka akaun bank lain. Jadi kita ada 2 buku bank. Satu untuk duit peribadi, satu lagi untuk duit bisnes. Jangan campurkan duit bisnes dalam akaun bank peribadi.
Kredit: Puan Ainon Mohd